Pada 25 Mac 2019 (Isnin), Perbarisan Sambutan Hari Penjara Ke 229 Tahun 2019 Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah diadakan bertempat di Dataran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak bermula jam 7.30 pagi yang telah disempurnakan oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis turut dihadiri oleh PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PP Supian bin Kamarudin, Ketua Bahagian Kepenjaraan & Koreksional serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Susun atur majlis dimulakan dengan penganugerahan pingat/riben/sijil dan pemakaian pangkat Secara Time-Based dari Gred KA20 ke KA22. Sambutan Hari Penjara juga dipenuhi dengan program Gotong-Royong Perangi Aedes 2.0 dan Pertandingan Petanque antara warga kerja Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak.