| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-229 Peringkat Penjara Puncak Borneo Bagi Tahun 2019

Pada 25 Mac 2019 (Isnin), Penjara Puncak Borneo, Kuching telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-229 bertemakan Reformasi Penjara Masyarakat Sejahtera di hadapan Blok Pentadbiran Penjara Puncak Borneo. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Penolong Komisioner Penjara Hamdan Salleh Bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo. Majlis yang bermula seawal jam 7:00 pagi telah dihadiri kira-kira 150 orang kakitangan uniform dan awam. Perbarisan diketuai oleh TPP Mohamad Hafiz bin Matsahri dan dibantu oleh SI Napiah bin Pura. Dalam majlis sambutan ini, PKP Hamdan Salleh bin Majin telah membacakan perutusan daripada YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara dan seterusnya menyempurnakan pemakaian pangkat Sarjan (TBBK) dan penerima pingat kepada 57 pegawai dan anggota.

Pengisian program sepanjang sambutan majlis ini untuk warga kerja Penjara Puncak Borneo adalah senamrobik, explorace, sukan bola tampar, petanque serta cabutan tiket bertuah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PKP Hamdan Salleh bin Majin kepada pemenang-pemenang dan berakhir pada jam sekitar 5:00 petang.