Pada 14 Februari 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Dato Maharajalela, Penjara Taiping telah berlangsung Program Jalinan Kasih sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019. Seramai ( 11 ) orang banduan telah memohon untuk menyertai program ini, namun setelah saringan keselamatan dan penelitian yang terperinci dilakukan, hanya ( 7 ) orang banduan sahaja yang layak dan keluarga mereka juga bersetuju untuk menyertai program ini pada tarikh yang ditetapkan. Dari ( 7 ) keluarga yang setuju hadir pada awalnya, hanya ( 6 ) keluarga sahaja yang dapat hadir bagi menyertai program jalinan kasih ini. Kehadiran pelawat adalah seramai ( 22 ) orang. Pada jam 0950 hrs semua ahli keluarga telah dibawa masuk melalui Pintu Besar untuk menjalani pemeriksaan keselamatan oleh anggota UKP dan seterusnya di bawa masuk ke bilik Dato Maharajalela. Taklimat perjumpaan diberikan oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping. Program ini selesai pada jam 1130 hrs selepas sesi bergambar.