Pada 26 Februari 2019, jam 02.30 petang telah berlangsung Majlis Dialog Bulanan bagi Bulan Februari 2019 bertempat di Perkarangan Garaj Kenderaan Jabatan Pusat Koreksional Labuan. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Penguasa Penjara, Jaafar bin Timbang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Labuan dan turut dihadiri oleh Timbalan Penguasa Penjara, Peter Anak Rex Barthy, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen Pusat Koreksional Labuan, Penolong Penguasa Penjara, Joseph Anak Angkai, Ketua Unit Rekod dan Penerimaan Pusat Koreksional Labuan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat Koreksional Labuan. Majlis tersebut turut diisi dengan Taklimat berkenaan Skim Insurans Berkelompok Majlis Sukan Penjara Malaysia daripada Saayah Yacob Agency dan Acara Penyerahan Sijil Penyertaan serta Medal kepada Pegawai yang mewakili Pasukan Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia di Bentong, Pahang. Selain itu turut dimuatkan juga acara sambutan Hari Lahir bagi pegawai dan kakitangan yang lahir pada bulan Februari serta cabutan bertuah kepada kakitangan yang hadir.