Sempena Persidangan Asian And Pacific Conference Of Correctional Administrator (APCCA) yang akan diadakan pada 3 hingga 9 September 2018 di Melaka. Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Datin Sri Noraini binti Man Merangkap Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia pada 28.08.18 (Selasa). Ketibaan beliau telah disambut oleh PP Mohd Ismawi bin Sulong yang mewakili YBrs. TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor Penjarah Penjara Sungai Udang serta pegawai wanita. Turut sama dalam lawatan tersebut YDH PKP Noratimah binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan YDH PKP Zalina binti Mohd Yunus, Komandan Institut Koreksional Malaysia (IKoM) Dalam lawatan tersebut, Datin Sri telah diberi taklimat berkaitan tempat-tempat terutama di bengkel pastri dan program yang akan diadakan semasa lawatan dari deligasi itu nanti. Sebelum menamatkan lawatan tersebut YBhg Datin Sri telah berjumpa dengan YBrs PKK Wan Umar bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang.
""