Pada 30 Ogos 2018 (Khamis) ? Pusat Koreksional Puncak Alam telah mengadakan Program Jom Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam Sempena Semarak Hari Kemerdekaan Malaysia ke 61. Program berlansung pada jam 8.00 pagi dan dimulakan dengan nyanyian lagu Sayangi Malaysiaku. PKP Amer Shariffudin bin Mat Noor seterusnya menyempurnakan program dengan pemasangan bendera kecil di kenderaan Institusi, kenderaan awam dan juga motosikal kakitangan institusi ini. Kenderaan-kenderaan tersebut seterusnya bergerak secara konvoi ke kawasan kuarters institusi ini. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat sayangkan negara agar menghargai nilai kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.
""