Pada 30.08.2016 (Khamis),Penjara Kajang telah melancarkan Program Kibarkan Jalur Gemilang peringkat penghuni sempena Hari Kebangsaan yang ke-61. Program tersebut berlangsung di Dewan (AB) dan melibatkan seramai 350 orang penghuni. Pengisian program antaranya ialah deklamasi sajak, gimik maskot jalur gemilang dan nyanyian lagu patriotik oleh penghuni. Kemuncak program ialah penyerahan bendera kepada penghuni setiap blok yang mana kempen telah bermula pada awal Ogos sehingga 16 September (Hari Malaysia). Matlamat program untuk menanamkan semangat patriotik dikalangan penghuni selaras dengan tema Sayangi Malaysiaku. Turut hadir memeriahkan program ialah PP Zakaria bin Mat Jusoh (Ketua Seksyen Pemulihan), Ketua Unit dan anggota.
""