Pada 28 Ogos 2018 (Selasa) bertempat di Dataran Insaf telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Penghuni Penjara Marang bagi tahun 2018. Seramai 15 orang pegawai kanan serta anggota dari Unit PPI terlibat dalam menguruskan program ini yang mana melibatkan kehadiran penghuni seramai 400 orang terdiri daripada pelbagai peringkat.
Turut hadir merasmikan Program Sambutan Hari Raya Aidiladha ini ialah PPP Roslan Bin Mohamed selaku pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan program ini. Antara lain juga pengisian program kali ini adalah bertujuan untuk meraikan penghuni sempena kehadiran Hari Raya Aidiladha disamping sebagai salah satu pengisian program dibawah seliaan Unit PPI. Program berjalan dengan lancar bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 01.00 petang.

""