Pada 31 Ogos 2018 Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-61 bertemakan ?Sayangi Malaysiaku? Peringkat Negeri Melaka telah disambut penuh meriah dan gilang gemilang. Seramai 45 kakitangan Jabatan Penjara Negeri Melaka, 40 penghuni Pasukan Kadet Putra Sekolah Henry Gurney Melaka dan 40 pelajar Pasukan Kadet Koreksional Sekolah-sekolah Negeri Melaka turut menyertai perbarisan Hari Kebangsaan. Acara perbarisan ini bermula dari Dataran Pahlawan Banda Hilir Melaka dan berakhir di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka.
""