Pada 26 Ogos 2018 (Ahad) telah diadakan Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup Penjara Limbang bagi tahun 2018 sempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang Ke-61 yang telah berlangsung di Padang Bola Sepak, Penjara Limbang. Pertandingan yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang ini melibatkan seramai 60 orang kakitangan dan juga turut diadakan simbolik kibaran jalur gemilang oleh semua kakitangan yang terlibat. Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pasukan yang telah bertanding.
""