Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2018 yang lalu, Pusat Koreksional Labuan telah mengadakan program Larian Merdeka Keluarga ?Family Run? yang melibatkan semua pegawai, kakitangan dan keluarga bertempat di Dataran Setia, Pusat Koreksional Labuan. PKP Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan telah merasmikan program yang dimulakan pada jam 6.30 pagi. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik bagi memanaskan badan. Sebanyak (5) acara dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki Terbuka (13 hingga 39 Tahun) ? 07 KM, Kategori Lelaki Veteran (40 Tahun ke atas) ? 05 KM, Kategori Wanita Terbuka (13 Tahun ke atas) ? 3 KM, Kategori Kanak-Kanak Lelaki (12 Tahun ke bawah) ? 03 KM dan Kategori Kanak-Kanak Perempuan (12 Tahun ke bawah) ? 03 KM. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang diikuti jamuan ringan.
""