| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Sabah Bagi Tahun 2018

Pada 22 September 2018 (Sabtu), Jabatan Penjara Negeri Sabah telah mengadakan Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Sabah bagi tahun 2018 bertempat di Centre Point Kota Kinabalu, Sabah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato? Mohd Azis Bin Jamman, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri. Turut sama hadir bagi memeriahkan majlis adalah Y.Bhg Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg Dato? Haji Nordin Haji Muhamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, ketua-ketua institusi penjara dari seluruh Sabah serta ketua-ketua daripada pelbagai agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Jabatan Penjara Malaysia.

    Program yang dihadiri oleh lebih kurang 250 orang tetamu dan penglibatan dua agensi lain telah memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Sepanjang program berlangsung pengunjung di hidangkan dengan pelbagai acara yang bermanfaat serta membawa mesej positif. Antara acara yang disajikan kepada pengunjung adalah persembahan ?buskers?, pameran dan jualan produk penjara, pameran agensi berkaitan penyalahgunaan dadah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Bahagian Narkotik Pejabat Daerah Kota Kinabalu,  kuiz, forum khas Mesej Dari Penjara dari bekas penghuni, persembahan khas Kadet Koreksional dan persembahan khas Pentomen ?Dosa Semalam? dari pegawai-pegawai Jabatan Penjara Negeri Sabah.

Dengan bertemakan ?Drugs.Gangs.Crime.Bullying. Just Say NO!?, Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Sabah bagi tahun 2018 yang dikelolakan oleh Penjara Wanita Kota Kinabalu dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) serta dibantu oleh Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah/W.P Labuan telah mencapai matlamatnya. Hal ini dapat dilihat  dengan penglibatan kumpulan sasar iaitu ibu bapa serta pelajar daripada sekolah Kadet Koreksional, bekas penghuni penjara, pegawai-pegawai Jabatan Penjara Malaysia dan juga kehadiran agensi-agensi serta orang awam. Program ini juga telah mendapat komen positif dari setiap tetamu yang hadir dan kebanyakan daripada mereka menyatakan sokongan agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


""