| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Eksplorasi Jalan Kaki Berkumpulan Penjara Pusat Miri

Pada 22 September 2018 jam 7.30 pagi, Penjara Pusat Miri telah menganjurkan ?Pertandingan Eksplorasi Jalan Kaki Berkumpulan? bermula dari Pantai Tusan, Bekenu ke Pantai Bungai, Bekenu yang melibatkan jarak sejauh 12km. Pertandingan ini dihadiri oleh Pengarah Penjara Pusat Miri iaitu PKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh dan diiiringi oleh PP Muhammad Khalid bin Muhammad dan TPP Mohamad Khairul Farmizi bin Mohd Asri. Pertandingan tersebut disertai oleh 29 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang melibatkan ( 7 ) kumpulan lelaki dan ( 2 ) kumpulan wanita.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk membina ketahanan dari segi mental serta fizikal, memupuk kerjasama di kalangan peserta sebagai satu pasukan dan juga mengeratkan lagi perhubungan silaturahim di kalangan peserta. Secara keseluruhan kesemua peserta dapat mengharungi laluan dan tugasan yang diberikan serta sampai di garisan penamat dengan jayannya.

Di akhir pertandingan adalah sessi penyampaian hadiah perrtandingan serta saguhati kepada setiap kumpulan yang disampaikan oleh PP Muhammad Khalid bin Muhammad.


""