| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Ketua Institusi Pusat Koreksional Bintulu

Pada 26 September 2018 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Ketua Institusi Pusat Koreksional Bintulu. Majlis dimulakan dengan upacara Perarakan Masuk Tongkat Kuasa yang diketuai oleh Inspektor Penjara, Muhammad Fadhlan Bin Abdul Fatah. Aturcara majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Nota Serah Tugas oleh Penolong Kanan Komisioner, Haji Rahmat Bin Abdul Rani, manakala Nota Terima Tugas ditandatangani oleh Penolong Komisioner Penjara, Hairol Hisham Bin Mohd Harith, selaku Pengarah Pusat Koreksional yang baru dan telah disaksikan oleh Timbalan Komisioner Penjara, Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Makan dengan itu, pucuk pimpinan Pusat Koreksional Bintulu akan diterajui oleh Penolong Komisioner Penjara, Hairol Hisham Bin Mohd Harith berkuatkuasa pada 26 September 2018. Majlis ini turut dihadiri dan dimeriahkan oleh Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan, anggota pelbagai pangkat serta kakitangan awam Pusat Koreksional Bintulu. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.


""