Pada 26 September 2018 (Rabu) Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Sukaneka Rakyat bertempat di dataran PRP. Program sukaneka rakyat ini melibatkan (60) orang kakitangan PRP dan (32) orang pembantu wader (ATM). Objektif program adalah untuk mengeratkan lagi silatulrahim dan semangat kesukanan di kalangan kakitangan PRP dan pembantu wader serta membentuk gaya hidup sihat. Program diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Yang Menjaga PRP Penguasa Penjara Wan Rosli bin Dollah dan pegawai kanan dari Unit Pembantu Wadar (ATM) dan Penjara.
""