14 September 2018 (Jumaat) : Bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dikalangan penghuni, Penjara Dusun Dato? Murad telah mengadakan dengan jayanya Program Semarak Kemerdekaan 2018 Peringkat Penguni bertempat di Padang Kawad Penghuni. Program tersebut telah disempurnakan oleh KP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan turut dihadiri oleh TPP Mohd Faizal Bin Jidin mewakili Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad. Antara pengisian program ialah Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik, Pertandingan Deklamasi Puisi dan Ceramah Kaunseling. Program tersebut telah diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.
""