Pada 27 September 2018 (Khamis), Sesi Dialog Peringkat Pejabat Pengarah Pejara Negeri Sarawak bagi Bulan September Tahun 2018 telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Sesi Dialog telah dipengerusikan oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PP Achon anak Tadeng, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, dan pegawai serta kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Penyerahan sumbangan daripada Kelab Sosial Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak kepada kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak turut disempurnakan pada sesi dialog tersebut.
""