| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Oktober Tahun 2018

Pada 01 Oktober 2018(Isnin) bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang jam 8.00 pagi telah diadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober tahun 2018. Majlis telah disempurnakan  oleh YDH PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dengan dihadiri oleh barisan pegawai kanan dan kakitangan. Susunatur majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, pemeriksaan perbarisan, bacaan ikrar, pemakaian pangkat (1) Timbalan Penguasa Penjara Gred KA41 dan (1) Sub-Inspektor Penjara Gred KA26. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan diakhiri dengan bacaan doa serta sesi bergambar.


""