Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Perbarisan Bulanan pada 02 Oktober 2018. Perbarisan terdiri daripada 130 orang kakitangan yang diketuai oleh PPP Roslan Bin Zekaria. Turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Penolong Penguasa Penjara, Sub Inspektor Penjara, penyampaian Sijil Penghargaan dan penyampaian replika cek RM 1,500 di atas kejayaan Pasukan Bolasepak Henry Gurney FC dalam Liga Melaka 2018. Perbarisan ini telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas, Melaka.
""