Pada 29 September 2018 bertempat di Pantai Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan telah berlangsung sambutan Hari Keluarga peringkat Pusat Koreksional Labuan bagi tahun 2018 bertemakan ?Santai Bersama?. Program yang berlangsung daripada jam 07.00 pagi hingga 05.00 petang tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Komisioner Penjara Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan yang turut dihadiri oleh suami, isteri dan anak-anak kakitangan. Program tersebut dimulakan dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh Penguasa Penjara, Jaafar bin Timbang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Labuan.
Antara acara yang diadakan sepanjang program tersebut adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma daripada Pegawai Perubatan Pusat Koreksional Labuan, pertandingan ratu cantik dan hero cilik kanak-kanak, acara sukaneka melibatkan kakak-kanak dan ibubapa, persembahan nyanyian, pertandingan memancing, acara bola tampar dan futsal pantai dan tarik tali serta cabutan bertuah.
"" Antara acara yang diadakan sepanjang program tersebut adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma daripada Pegawai Perubatan Pusat Koreksional Labuan, pertandingan ratu cantik dan hero cilik kanak-kanak, acara sukaneka melibatkan kakak-kanak dan ibubapa, persembahan nyanyian, pertandingan memancing, acara bola tampar dan futsal pantai dan tarik tali serta cabutan bertuah.