8 Oktober 2018 (Isnin) jam 07.15 pagi telah diadakan Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Sungai Petani, Kedah bertempat di Dataran Penjara Sungai Petani. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani, PP Rizalma bin Che Abdul Hamid, diikuti dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kamal bin Md. Isa dan bacaan ikrar yang telah disempurnakan oleh Penolong Penguasa Fudzly bin Abdul Wahab. Susun atur majlis diteruskan dengan penyampaian Tokoh Bulanan bagi bulan September SJN 9644 Roslan bin Abdullah dan diakhiri dengan ucapan Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani dan jamuan ringan.
""