Pada 13 Oktober 2018, jam 7.00 pagi bertempat di Dataran Dewan Perdana Penjara Bentong, Pahang telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Bentong Pahang ( Kakitangan dan Keluarga ) yang di rasmikan oleh YH TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain ? Pengarah Penjara Bentong. Turut hadir PKP Azhari bin Zaman dan PP Mohd Marzuki bin Ibrahim. Kira-kira 300 orang terlibat dalam program kali ini yang melibatkan kakitangan dan keluarga. Antara acara yang dijalankan ialah Senamrobik, Tarik Tali, Sukaneka Kanak-Kanak dan Sukaneka Dewasa. Program selesai kira-kira jam 12.15 tengahari.
""