Pada 10 Oktober 2018 (Rabu), telah diadakan satu pertemuan ramah mesra PKP Raja Nazril Azman b. Raja Azam Iskandar, Pengarah Penjara Sungai Petani bersama Cikgu Abd Ghani b. Haron, seorang aktivis masyarakat di Sungai Petani, Kedah yang dikenali dengan kerja sukarelawan dan sumbangan kebajikan hasil derma orang ramai yang diuruskan olehnya. Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana harmoni dan bermakna dengan berbagai perkara telah dibincangkan dan hasilnya memberi impak yang positif kepada kerjasama yang akan dijalinkan pada masa akan datang. Turut hadir bersama iaitu pegawai daripada Unit PPI dan Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani.
""