Bertempat di Restoran Terapung Ikan Bakar Port Supai, Kuala Linggi, pada 09.10.2018 (Selasa) telah diadakan majlis makan malam pegawai kanan bagi Division A dan meraikan persaraan pegawai. Majlis yang diadakan secara santai ini telah dihadiri oleh YDH TKP Noor Aziz bin Mohammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang, PKK Wan Umar bin Wan Abdullah Timbalan Pengarah, Timbalan-timbalan serta pegawai kanan. Majlis yang dihadiri hampir 100 orang ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai kanan yang hadir bersama keluarga.
""