Pada 13 Oktober 2018(Sabtu), jam 7.10 pagi, Program Hari Sukan Negara Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah diadakan di Dewan Merak Kayangan, Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Majlis pelancaran Program Hari Sukan Negara Kompleks Penjara Kota Kinabalu, telah disempurnakan oleh YDH TKP Haji Suria Bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Pelbagai aktiviti dan acara sukan diadakan sempena Hari Sukan Negara tersebut seperti, senamrobik, berbasikal, Explorace, futsal lelaki dan wanita, bola tampar, bola jaring dan bowling kelapa.
""