Sempena menyahut seruan kerajaan sempena Program Hari Sukan Negara 2018 yang diadakan serentak di seluruh negara pada 13 Oktober 2018, Penghuni Penjara Pusat Sri Aman telah merealisasikannya dengan aktiviti sukan ?indoor? yang diadakan di bilik kuliah PPI, Penjara Pusat Sri Aman. Aktiviti bermula dari jam 0750 pagi sehingga 1030 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah permainan dam, catur dan karom. Seramai 38 penghuni Penjara Pusat Sri Aman telah terlibat menjayakan program Hari Sukan Negara 2018.
""