Pada 15 Oktober 2018 (Isnin) telah diadakan program Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di padang bola sepak penghuni lelaki dan Blok Penjara Wanita. Program tersebut disertai seramai 50 orang kakitangan dan 250 penghuni penjara. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah senamrobik, bola sepak, bola jaring, karom, congkak dan batu seremban. Program ini telah disempurnakan oleh PP Rosli Bin Abd Razak, Ketua Unit Pemulihan Dan Rawatan.
""