13 Oktober 2018 (Sabtu) ? Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Program sempana Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2018. Program telah diadakan di beberapa tempat mengikut jenis dan kategori sukan di dalam dan di luar kawasan penjara. Sukan yang diadakan di dalam kawasan penjara adalah melibatkan kakitangan dan penghuni penjara manakala sukan yang diadakan di luar kawasan penjara melibatkan kakitangan, ahli PERSIAP dan anak-anak kakitangan serta orang ramai sekitar kamunting. Antara sukan yang diadakan untuk kakitangan dan penhuni penjara adalah perlawanan bola sepak antara blok penempatan, sepak takraw antara blok penempatan, catur antara blok penempatan, dam antara blok penempatan, carom antara blok penempatan, dan pingpong antara blok penempatan. Usahasama penganjuran Hari Sukan Negara turut diadakan dengan 8 buah Tabika KEMAS Zon Kamunting 2 di mana salah satu tabika adalah Tabika KEMAS Pusat Koreksional Kamunting. Majlis diadakan di Padang Pusat Koreksional Kamunting dan rasmikan oleh Encik Roslee, Setiausaha Kanan YB ADUN Kamunting. Majlis turut dihadiri oleh Encik Zul, Pegawai KEMAS Negeri Perak, Puan Azizah, Pegawai KEMAS Daerah Larut Matang dan Selama, PP Harun bin Awang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting dan 8 Pengerusi Tabika KEMAS Zon Kamunting 2. Pelbagai sukan dipertandingkan kepada murid-murid tabika antaranya acara bola, acara gelung, acara larian, acara baton, acara gula-gula dan acara rekaan fesyen untuk ibubapa murid-murid. Juara keseluruhan acara yang dipertandingkan jatuh kepada Tabika KEMAS Pusat Koreksional Kamunting. Sementara itu, di Kompleks Rakan Muda Kamunting telah diadakan beberapa acara sukan dengan anjuran bersama Kompleks Rakan Muda Kamunting, Persatuan Sukan Rekreasi Taiping, Kelab Berbasikal Pusat Koreksional Kamunting, dan Kelab Mendaki Langgortrekker. Antara sukan yan dipertandingkan adalah Fun Run, Fun Ride, e-Sport Mobile Legend, Senamrobik Perdana, dan Klinik Go-Kart. Majlis dirasmikan oleh YB Prof Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin, ADUN Kamunting, Turut menghadiri majlis ialah Encik Mohamed Akmal bin Dahalan, Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, PKK Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, dan Encik Mohammad Izwan bin Rojehan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang. Di satu venue yang lain, satu perlawanan persahabatan telah dijalankan sempana Hari Sukan Negara diantara Pasukan Bola Sepak Pusat Koreksional Kamunting dan Pasukan Bola Sepak Penjara Sungai Petani yang diadakan di Padang Pusat Koreksional Kamunting dimana Penjar Sungai Petani menang dengan jaringan 3 berbalas 1. Keseluruhannya seramai 112 kakitangan dan 243 orang penghuni menyertai program Hari Sukan Negara pada tahun 2018.
""