Mesyuarat Pelaksanaan Program Reintegrasi Penghuni telah dipengerusikan oleh YBhg. TKJP Dato? Hj Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pemasyarakatan) di Pusat Koreksional Jasin pada 19 Oktober 2018. Turut hadir Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, PKK Mohd Andri bin Md Ridzwan, wakil Bahagian-bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, PYM PRP Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka yang membincangkan pelaksanaan program pemulihan secara keseluruhannya. Mesyuarat ini diakhiri dengan sesi lawatan ke persekitaran kawasan institusi.
""