Unit Latihan Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan Kursus Kecergasan pegawai Sebat Rotan Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka kepada anggota dan kakitangan. Kursus yang berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 18.10.2018 dan 19.10.2018 telah melibatkan lebih kurang 20 orang anggota. Dalam kursus ini anggota tersebut telah diberi latihan kecergasan seperti mendaki Gunung Datuk yang terletak di Daerah Rembau, Negeri Sembilan dan aktiviti lasak sepertian kayak, wall climbing dan sebagainya di Taman Tasik Air Keroh, Melaka pada keesokkan harinya. Aktiviti ini diadakan bagi memastikan kecergasan dan tahap kesihatan anggota di tahap yang terbaik. Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan anggota serta dapat menjalankan aktiviti gaya hidup sihat.
""