Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah menerima kunjungan 35 orang kakitangan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang diketuai oleh Tuan Khalid Ibrahim, Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan LADA pada 19 Oktober 2018. Lawatan Benchmarking ini adalah saranan dari auditor EKSA supaya mengadakan lawatan bagi membuat sesi percambahan minda dan best practice yang telah dilaksanakan di institusi ini. LADA juga ingin menjadikan institusi ini sebagai benchmarking dalam perlaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2.0 di LADA. Delegasi lawatan telah disambut oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka serta beberapa pegawai kanan.
""