| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Kecemerlangan Diri Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Kamunting

Pada 11 Oktober 2018 (Khamis), Unit Latihan dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi telah menganjur kursus kepada kakitangan institusi ini yang bertemakan ?pekerja cemerlang organisasi gemilang?. Kursus yang dianjurkan ini bertujuan sebagai dorongan motivasi dan kesedaran kepada kakitangan institusi ini untuk meningkatkan kecermelangan diri yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada penghasilan kerja yang berkualiti. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 18 orang kakitangan. Kursus dimulakan dengan senaman pagi dan slot ceramah yang telah disampaikan oleh Encik Mohamad Mawardi Bin Mazuan Pegawai Psikologi institusi yang bertajuk kecermelangan diri. Turut hadir Tuan Timbalan Pengarah, PP Harun Bin Awang yang turut menekankan tentang kepentingan meningkatkan kecermelangan diri dari aspek keselamatan dan pemulihan yang menjadi teras utama kepada perkhidmatan Jabatan Penjara Malaysia agar perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan berimpak tinggi.


""