| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Dasar Pemisah (Exit Policy) ? Sejauh Mana Peranan Kita Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Kamunting

Pada 09 Oktober 2018 (Selasa), Unit Latihan dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi telah menganjur kursus kepada kakitangan institusi ini berkaitan dasar pemisah yang bertemakan ?penilai berintergriti yang dinilai berprestasi dan berfungsi?. Kursus yang dianjurkan ini bertujuan sebagai pendedahan kepada kakitangan tentang peranan dan prosedur pelaksanaan dasar pemisah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015. Sasaran peserta adalah seramai 20 orang terdiri daripada pegawai penilai prestasi dan pengurus sumber manusia institusi. Kursus dimulakan dengan slot pertama yang disampaikan oleh Encik Mohamad Mawardi Bin Mazuan Pegawai Psikologi institusi yang bertajuk Dasar Pemisah (Exit Policy) dan slot seterusnya telah disampaikan oleh IP Mohammad Firdaus Bin Hassan bertajuk pengenalan kepada Microsoft Excel. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan.


""