05 November 2018, Penjara Wanita Kota Kinabalu ? Seramai 17 orang pegawai pelbagai pangkat Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menghadiri Bengkel Asas Pertolongan Cemas yang telah diadakan di institusi ini. Program ini dijayakan dengan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Negeri Sabah (Hospital Queen Elizabeth). Objektif bengkel adalah bertujuan untuk melahirkan lebih ramai kakitangan Penjara Wanita Kota Kinabalu yang mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu pertolongan cemas.
""