Pada 26 Oktober 2018 (Jumaat), Unit latihan Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menganjurkan Program ?Hijaukan Bumi? bersama kakitangan Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu Sabah . Program yang bertujuan untuk menanamkan semangat dalam memulihara alam sekitar ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang kakitangan. Program dimulakan dengan perasmian daripada Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Norneelah Binti Shukor dengan perasmian simbolik penanaman benih dan anak-anak pokok oleh kakitangan Penjara Wanita Kota Kinabalu.
""