Pada 3 November 2018 Koperasi Kakitangan Penjara Melaka Berhad dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah menganjurkan Mini Karnival Jualan Hari Pelanggan Kedai Harga Patut. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Noor Effandi Bin Ahmad, Exco Pendidikan Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi merangkap ADUN Telok Mas, Melaka. Turut hadir En. Abd Latif Bin Talib, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka, PP Redzwan Bin Saghil@Yusof, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas, Melaka serta Ahli-ahli Lembaga Koperasi Kakitangan Penjara Negeri Melaka.
""