Pada 31 Oktober hingga 1 November 2018 telah diadakan Program Hijrah Kasih Kali Ke-7 di Dewan Parameswara Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Program ini telah disempurnkan oleh TKP Mat Rasid Bin Jahlil, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pemulihan dan Pendidikan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Program ini melibatkan seramai 150 orang penghuni diisi dengan aktiviti tazkirah, latihan dalam berkumpulan, slot motivasi, tafsir Al-Quran, Tahsin Solat, Bicara Hati dan slot bersama ibu bapa. Program ini bermatlamat mengukuh dan memantapkan akidah, penghayatan islam, sahsiah dan nilai murni dalam kalangan penghuni SHG agar dapat menjadi model insan yang cemerlang. Turut hadir menjayakan program Puan Hajah Kamariah Binti Isa, Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia.
""