26 Oktober 2018 (Jumaat) : Program Kembara Psikologi Kementerian Dalam Negeri telah diadakan dengan jayanya melalui penglibatan seramai 30 penghuni di Penjara Dusun Dato? Murad, Ayer Keroh, Melaka. Program ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato? Murad dan Unit PPI Institusi bersama lima Pegawai Psikologi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program seumpama ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran dan meningkatkan motivasi diri dikalangan penghuni. Program bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 tengah hari.
""