Pada 31 Oktober 2018 (Rabu), Penjara Pusat Sibu telah mengadakan Program Apresiasi Muzikal Penghuni dimana program tersebut telah melibatkan seramai 23 orang penghuni termasuk 5 penghuni wanita. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Azhar Bin Ahmad. Dalam ucapan perasmian, Pengarah Penjara Pusat Sibu telah menzahirkan harapan agar program seperti ini boleh membantu mengurangkan tekanan kepada para penghuni disamping boleh membantu proses pemulihan secara berterusan semasa berada dalam penjara.
""