Tanggal 12 Rabiulawal 1440 H bersamaan 20 November 2018 M (Selasa) telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka. Sambutan Majlis tersebut telah dirasmikan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka iaitu Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, turut hadir pada majlis tersebut YAB Haji Adly bin Zahari Ketua Menteri Melaka, Exco-exco Kerajaan Negeri Melaka, Ketua ? ketua Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri. Turut hadir adalah YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka serta pengarah institusi Negeri Melaka. Seramai 187 peserta yang mewakili Penjara Melaka yang terdiri dari 87 kakitangan dan 100 penghuni dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Perarakan sepanjang lebih kurang 3 KM bermula dari Stadium Hang Tuah ke Pusat Islam Melaka telah disertai lebih kurang 6 ribu orang dari lebih 100 kontingen.
""