| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khidmat Masyarakat Di Rumah Seri Kenangan Taiping Untuk Tahanan Pota Kelolaan Pusat Koreksional Kamunting

Program khidmat masyarakat telah dijalankan pada 14 November 2018 di rumah Seri Kenangan Taiping melibatkan 4 orang tahanan POTA. Program ini  merupakan salah satu modul bagi program pemulihan tahanan  Akta Pencegahan Keganasan 2015 di bawah tajuk Stigma Keluarga dan Masyarakat.

Pada dasarnya juga program khidmat masyarakat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta peluang kepada tahanan untuk memasyarakatkan diri bersama golongan warga emas  di Rumah Seri Kenangan tersebut. Antara yang hadir di dalam program tersebut adalah KP Supri Bin Hashim (Pengarah Bahagian Banduan/ Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi), PKK Norwati Bt Mat Isa (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Perak), PKP Ahmad Rizal Bin Ghazali ( Pengarah Tempat Tahanan Khas Kamunting), PKP Wan Abdul Rahman Bin Wan Yaman (Bahagian Banduan / Tahanan dan Berisiko Tinggi), ACP Abdul Alim Bin Ahmad ( ACP Koordinasi/Operasi E8 Counter Terorrism) dan DSP Wan Ruzailan bin Wan Mat Rusoff ( E8 Counter Terrorrism).

 Program Khidmat Masyarakat ini merupakan program kali ke- 2 yang telah diadakan di Rumah Seri Kenangan tersebut setelah kali pertama diadakan  pada 20 Mac 2018. Selain itu, program ini  telah diberikan penghormatan apabila dibenarkan kepada agensi luar untuk menjalankan program pada awal pagi di tempat tersebut semasa pengurusan penghuni warga emas dilaksanakan. Sasaran  khidmat masyarakat adalah kepada 24 orang warga emas lelaki yang kurang upaya di asrama 6.
     
Penguasa Rumah Seri Kenangan Taiping iaitu Encik Razak bin Yahya  mengharapkan program sebegini dapat memberi kesedaran kepada tahanan serta kakitangan yang terlibat dan beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Menurut Komisioner Penjara, Supri Bin Hashim melalui ucapannya, beliau mengharapkan program  khidmat masyarakat ini dapat memberi manfaat dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai lagi kakitangan sebagai salah satu program tanggungjawab sosial koperat  antara Rumah Seri Kenangan dengan Tempat Tahanan Khas Kamunting.Dengan adanya program seperti ini, ianya  dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya bersama Rumah Seri Kenangan Taiping.



""