Pada 16 November 2018 (Jumaat) Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Hj.Bungsu @ Aziz Bin Hj.Jaafar telah memberikan Tazkirah Jumaat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Sesi tazkirah telah dihadiri oleh YDH Haji Suria Bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Penjara Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Selepas sesi tazkirah, SS Datuk Ustaz Hj.Bungsu @ Aziz Bin Hj.Jaafar telah membuat kunjungan hormat ke atas YDH Tuan Haji Suria Bin Haji Idris di Pejabat beliau.
""