| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Dewan Keris Laksamana Penjara Sungai Udang, Melaka Dan Ramah Mesra Bersama Kakitangan Oleh Ketua Menteri Melaka

Tanggal 02 Mei 2018 ( Rabu ) merupakan  detik yang bersejarah bagi Jabatan Penjara Negeri Melaka amnya dan warga kerja Penjara Sungai Udang, Melaka khasnya dimana Dewan Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang yang dahulunya dikenali sebagai Dewan Serbaguna telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir Ts Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka. Pada majlis itu turut hadir bersama pada perasmian tersebut adalah YBrs. KP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka, YBrs. TKP Noor Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka, Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka dan kakitangan Penjara Negeri Melaka. Selepas majlis perasmian tersebut Ketua Menteri Melaka telah meluangkan lebih kurang 1 jam untuk beramah mesra bersama kira-kira 500 kakitangan Penjara Negeri Melaka.


""