| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dari Pegawai Kanan PDRM, Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK), Negeri Melaka

Seramai 10 Pegawai Kanan PDRM, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Negeri Melaka telah membuat lawatan sambil belajar ke Penjara Sungai Udang, Melaka pada 15.05.18 (Selasa). Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara Penjara Sungai Udang dengan PDRM Ibu Pejabat Polis Kontingen Negeri Melaka. Rombongan tersebut  telah disambut oleh TPP Muhammad Safuan bin Zubir dan TPP Che Azlan bin Che Min. Taklimat telah disampaikan oleh KIP Ganesan Pillay A/L B.S Pillay dan selepas dari taklimat  mereka dibawa melawat ke pejabat rekod untuk melihat pengurusan rekod banduan dilakukan, pengurusan blok penempatan banduan  dan melihat aspek pemulihan hasil produk dari bengkel perusahaan.


""