Pada 3 Mei 2018 YBhg KP Dato? Haji Nordin Bin Haji Muhamad bersama-sama Pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri Putrajaya telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Kehadiran telah disambut PP Redzwan Bin Saghil@Yusof, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas, Melaka. Manakala taklimat program dan aktiviti yang dijalankan di SHG Telok Mas telah disampaikan oleh TPP Muhammad Hafiz Bin Muhammad Sepian, Bahagian Keselamatan.
""