Pada 16 Mei 2018 (Rabu), Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD) telah mengadakan Ceramah Ambang Ramadhan 1439H. Ceramah ini melibatkan seramai 500 orang Penghuni Unit Rawatan Dan Pemulihan Dadah (RPD) yang beragama Islam. Program ini turut dihadiri oleh PP Marzuki Azmi bin Bidi dan TPP Muhammad Azrul bin Azizi. Aturcara majlis juga dimeriahkan dengan sumbangan buah kurma dari pihak Metro Driving Academy. Program yang diadakan ini secara tidak langsung dapat mengingatkan semua penghuni kerana bulan ramadan ialah bulan ?karnival ibadat? di mana pelbagai tawaran istimewa telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada umatnya untuk mempersiapkan bekalan demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
""