| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pembayaran Zakat Fitrah Oleh Banduanita Penjara Sungai Udang Tahun 2018

Bertempat di Pejabat Pelan Pembangunan Insan (PPI) Wanita pada 25 Mei 2018 ( Jumaat ) telah diadakan program pembayaran Zakat Fitrah oleh Banduanita yang telah disertai oleh seramai 33 orang penghuni dan 4 Banduan Akhir bermula jam 10.00 pagi. Pembayaran zakat ini disempurnakan oleh Amil Zakat Penjara Sungai Udang iaitu Ustaz Abdul Lathif Bin Ismail. Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi negeri Melaka tahun ini adalah sebanyak RM 6.70. Penghuni tersebut telah menggunakan hasil pendapatan mengikuti fasa kemahiran yang bekerja di bengkel-bengkel Penjara Sungai Udang.


""