Batam 26 hingga 27 Februari 2018 : Seramai 27 Peserta Kursus STPP Siri 1 Tahun 2018 dengan diiringi seramai 12 pegawai serta jurulatih Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Batam, Indonesia. Rombongan yang diketuai oleh PP Zohri Bin Haron, Ketua Bahagian Akademik dan Latihan telah tiba di Batam, Indonesia pada pkul 10.00 pagi (26.03.2018) waktu Malaysia. Tujuan Lawatan sambil Belajar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Kanan Penjara berkaitan dengan sistem kepenjaraan Penjara Indonesia dari sudut sistem koreksional mereka iaitu dari segi program penahanan, keselamatan, layanan dan pemulihan, sistem Parol serta program kemasyarakatan yang dijalankan di Negara tersebut (atau sistem yang seumpamanya) disamping dapat menikmati keindahan panorama di Batam, Indonesia. Antara Institusi Penjara di Batam yang dilawati ialah Lembaga Pemasyarakatan Klas 11 A Batam, Rumah Tahanan Negara Klas II A Batam dan Lembaga Pemasyarakatan Kelas IIB Batam.
""