Penjara Alor Setar, Kedah telah dipilih sebagai institusi pengelola bagi Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Kali 15 dan Pertandingan Marhaban Kali ke 7 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2013. Majlis yang telah berlangsung pada 28 hingga 30 September 2013 telah diadakan di Dataran Penghuni, Penjara Alor Setar, Kedah. 25 buah institusi penjara telah mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 32 orang peserta Perujian Tilawah Al-Quran dan 12 buah kumpulan Marhaban.
|