| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Tahun Baru Cina 2018 Peringkat Penghuni Penjara Bentong

Pada 7 March 2018 ( Rabu ), Unit Pemulihan Penjara Bentong, Pahang  telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina 2018 Peringkat Penghuni . Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato? Sri Liow Tiong Lai , Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bentong. Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang Berusaha KP Supri bin Hashim, Timbalan Pengarah Kepenjaraan dan PRO, YH KP Dato? Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang , YH Dato? Azhar bin Arshad, Pegawai Daerah Bentong, YB Sanator Datuk Indera Hoh Khai Mun, Senator Dewan Negara, Supritenden Mohd Yusof bin Unis, Ketua Polis IPD Bentong, YH Dato? Vincent Teh Ah Mee, Presiden Persatuan Budidaya, YH TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, PKK Aminon bin Adnan, PP Azhari bin Zaman, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Pahang, Wakil-Wakil Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan, Wakil-Wakil Media serta Pegawai-Pegawai Kanan Penjara Bentong.

Seramai 20 orang banduan dengan 60 orang ahli keluarga telah dipilih untuk menyertai program ini. Program dihiasi dengan persembahan oleh penghuni dari Bengkel Seni Penjara Bentong serta artis-artis jemputan. Program diakhiri dengan sesi ramah mesra banduan serta keluarga dengan YB Dato? Sri Liow Tiong Lai dan tetamu jemputan jemputan yang lain.


""